Gelap

Gelap
Aku boleh memandang bayangmu,
Namun bukan bayanganku sendiri,
Mungkin dia juga berada didalam gelap mu.

Gelap,
Dalam gelap aku tetap memahat,
Cuba meniru senyuman mu,
Agar bayangmu selalu tetap mampu di lihat.

Gelap,
Aku mencintaimu dalam gelap,
tak perlu melihatmu secara lengkap.
Aku hanya percaya, kau ada. Begitu saja.

Gelap itu baik,
Dia selalu menyuruhmu berhati-hati ketika melangkah,
Dia akan menyuruhmu meraba-raba,
Kerana ketika itu, mata tidak berguna.

Gelap itu sangat menarik,
Kalau betul-betul memahaminya,
Kamu akan bertemu ribuan pelangi didalamnya.

Dalam gelap,
hanya ada satu perkara yang akan bertemu,
bayangmu, hanya itu.

Gelap,
Hanya ada satu warna didalamnya,
Hitam pekat.

Dalam gelap senyuman mu bersayap,
Hinggap dalam sunyi senyap,
Mengunci, ya kau mengunci ku disitu,
Ditempat paling gelap.

Gelap selalu menjadi ahli silap mata,
Dia memberiku ribuan senyuman mu disaat mataku terlelap.

Aku tahu gelap itu tidak ada,
Yang ada hanya kurang cahaya.
Aku tahu tak ada kenangan yang mati,
Mereka hanya koma sementara.

Aku tidak suka gelap,
Kerana di saat itu bayang mu selalu merayap,
Menghendap-hendap,
Seakan menyerap kedalam sunyi yang selalu menyerang.

Dalam gelap aku mengomel,
Menyelimuti seribu rindu,
Hey kasih,
Dimana dirimu yang dulu?

Dikala kenangan masa lalu mu menghinggap,
Di keopak mataku yang sedang lelap,
Gelap.

No comments:

Post a Comment