Aku Bayangkan

Aku bayangkan diri ini sebagai angin, 
Bertangan udara membelai dirimu,
Bersuara sebagai alunan paling sayu,
Mencuba berbisik di telingamu.

Aku bayangkan diri ini sebagai serikandi langit,
Menunggang kuda bersayap,
Bersembunyi di awangan,
Menjengukmu di tingkap.

Aku bayangkan diri ini sebagai sebuah cahaya,
Menerangi mu dalam gelap,
Bersembunyi disudut bilik,
Dan memandangmu senyap-senyap.

Aku juga membayangkan diri ini sebagai malaikat mimpi,
Meletakkan sekeping mimpi dikeningmu,
Sekeping mimpi yang memberitahumu bahawa kau ada.

Aku membayangkan diri ini sebagai sebuah buku,
Sebuah buku yang memikat matamu,
Yang kau selak halamannya satu persatu sebelum tidur,
Dan kau membiarkannya terbuka disampingmu,
Lenganmu tertindih diatasnya.

Aku bayangkan diri ini sebagai penyihir yang mahir,
Dengan tongkat ditangan kanan,
Dan mentera sakti, hingga dalam sekelip mata,
"Abrakadabra" Poff! engkaupun datang dihadapan ku.

No comments:

Post a Comment