Aku mencintai mu


Aku mencintai mu bukan kerana kamu lucu,
Bukan kerana kau mahir bergincu,
Bukan kerana kau bijak merayu,
Ataupun memberikan aku surat merah jambu.


Aku mencintai mu bukan kerana nafsu,
Bukan kerana mata mu yang sepet tak menentu,
Bukan juga kerana senyuman mu,
Ini hanya bisikan kalbu.

Aku mencintai mu kerana kamu adalah kamu.
Seorang bidadari yang diturunkan Tuhan,
Untuk menemani segala kekosongan.

No comments:

Post a Comment