Kau Tanya

Kau tanya kemana jejak langkahku?
Mungkin boleh kau lihat disebelah jantungmu,
Kerana tadi malam aku masuk lalu situ.

Kau tanya kemana perginya hujan?
Bukankah aku sudah mempersembahkannya kepadamu dalam bentuk air mata.

Kau tanya kemana matahari pagi?
Tenang, Sudah aku tanam pagi tadi di jantung hati.

Kau tanya kemana bulan malam ini?
Tenang, bulan sudah aku simpan,
Untuk aku serahkan kepadamu esok malam.

No comments:

Post a Comment