Senyum

Senyum,
Adalah senjata yang kau gunakan,
Disaat aku menghujanimu dengan seribu rayuan.

Senyum,
Itu adalah jawapan yang kau berikan,
Tanpa menggunakan aksara,
Tanpa menggunakan bahasa.

Ya,
Hanya menggunakan senyuman itu kau berbicara.

Senyum,
Disaat kau menoleh ke arahku,
Entah itu kerana kau menyukaiku,
Atau kau merendahkan ku, aku tak tahu.

Senyum,
Adalah pertanyaan dan jawapan,
Yang kau ciptakan jadi satu,
Disebalik lipstick merah itu.

Senyum,

Itu lengkungan tanpa sudut,
Yang diciptakan oleh bibir manismu,
Ketika aku tanya siapa namamu.

No comments:

Post a Comment