Aku mahu menulis malam,
Mencatatkan rupa bulan
Atau mungkin mencatatkan terang bintang,
Atau mungkin mencatatkan kelibat tahi bintang,
Atau sekadar merangkai huruf, memuisikan gelap.
Kamu mahu menambahkan beberapa baris untuk menyempurnakannya?
Atau mungkin memberikan aku tajuk,
Atau letakkan sedikit udara disajakku,
Walaupun itu sejuk yang ganjil.
No comments:
Post a Comment