Dan secangkir kopi untuk berkongsi,
Mahukah kamu menemani aku hingga senja mulai menyepi?
Jika aku punya serpihan hati yang berselerakan tidak menentu,
Mahukah kamu menyambungkannya lembut dengan caramu?
Jika aku punya sejuta cerita untuk dikongsi,
Namun bukan hari ini ataupun saat yang pasti,
Mahukah kamu tetap menunggu aku ceritakannya?
Dan jika aku tak punya banyak waktu,
Namun yang aku mahu hanya satu,
Iaitu berada denganmu,
Mahukah kamu berlari untuk bersamaku?
No comments:
Post a Comment